
SHELLOUT
KEKABU CORNER

Shellout Kekabu Corner adalah nama yang tidak asing lagi bagi penduduk daerah kerian.Walaupun ia baru dibuka nama Shellout Kekabu Corner makin di sebut-sebut sebagai salah satu kedai pilihan masyarakat setempat.Shellout Kekabu Corner dibuka pada 2 February 2023 bertempat disebuah kampung yg bernama Bagan Tiang.Nama Shellout Kekabu diambil bersempena pokok kekabu besar yang berada dihadapan kedai..Semestinya menu utama kedai ini adalah shellout seafood tetapi tidak bermakna tidak ada menu-menu lain untuk santapan para pelanggan. Set kari semilang , set peha ayam ,mee daging ,laksa ,cucur udang juga kerap kali menjadi menu pilihan pelanggan.Di sini pelanggan boleh makan dengan tenang sambil melayani suasana bendang dan bunyi kicauan burung-burung .Lokasi kedai juga berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Megat Aris. Kedai ini bukanlah restoran besar .Shellout Kekabu hanyalah kedai makan di dalam kampung berkeluasan terhad.Ia boleh memuatkan lebih kurang 50 orang pelanggan dalam suatu masa.

SHELLOUT
KEKABU CORNER


Kekabu Corner menyediakan menu berasaskan seafood .Kedai makan tepi bendang dengan suasana kampung yang menyegarkan.
Kedai ini terletak berhampiran kawasan Tanjung Piandang Perak.Lokasi kedai tidak jauh daripada Ban Pecah.
Ban pecah adalah salah satu tempat menarik di sini kerana menjadi tempat tumpuan orang ramai beriadah menikmati suasana laut.
Di samping itu Ban Pecah juga menjadi tumpuan pemancing-pemancing tegar kerana hasil-hasil tangkapan di sini tidak mengecewakan.
Selain shellout ,terdapat juga menu-menu lain seperti kari semilang clypot,mee daging,laksa ,set peha ayam,cucur udang ,pasembur dan lain-lain .

Our BEst Seller

Shellout
Shellout 4 perasa
Set kari semilang clypot
Set peha ayam
kari semilang fresh
di masak di dalam clypot
di hidangkan panas-panas
Set peha ayam dihidangkan
panas panas









